Pages - Menu

Monday, November 29, 2010

Bacaan Doa Apabila Bersin

Salam Ukhwah....


Kita selalu bersin....tapi setiap kali kita bersin @  kawan kita bersin pernahkah kita berdoa????
Jadi di sini saya berkongsi ilmu yg ada utk semua pembaca blog saya ini...

Org yg bersin mengucapkan:
  • " Alhamdulillah "  maksudnya " Segala puji kpd Allah atas apa yg berlaku ".
Org yg dengar bacaan hamdallah menyahut:
  • " Yarhamkaulah " maksudnya " Semoga Allah merahmati kamu ".
Org yg  bersin kembali menjawab:
  • " Yahdikumullahu wayuslihu balakum " maksudnya " Allah memberi hidayah kpdmu & membaiki keadaanmu ".
So....lepas nie jawablah bersin org sebelah kita...sbb kita mendoakan mrk & mrk juga mendoakan kita....sesungguhnya Islam itu indah.

Friday, November 26, 2010

AURAT WANITA

Tiada Seurat Benang Dibadan..................

Buat para ibu, isteri, kakak, adik2 perempuan serta para suami & ayah yg saygkan isteri & anak2 perempuannya, Rasulullah SAW tlh memberi amaran berkenaan 1 sikap golongan hawa yg menjadi penghalang mrk drpd mencium bau syurga. Bau syurga pun tdk dpt dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadis drpd Abu Hurairah r.a. bhw Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Ada 2 golongan yg akan menjadi penghuni neraka:
  • Golongan pertama iaitu aku blm pernah melihat mrk iaitu golongan yg mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yg digunakan utk memukul org.
  • Golongan kedua adlh para wanita yg berpakaian ttp tiada seurat benang dibadan, berlenggang-lenggok ketika berjln, menarik perhatian org yg melihat mrk. Kepala mrk ( sanggul / fesyen rambut ) bagaikan bonggol unta yg senget. Mrk tdk akan masuk syurga & tdk dpt mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga blh terhidu dr jarak perjlnan yg sangat jauh.
Antara Lawak & Hukum....
  • Komen rakan2 saya dahulu apabila mrk terlihat aurat wanita..." Pandangan pertama tak berdosakan ?".
  • Sedih saya dgn sikap sebahagian umat Islam hari ini yg kerap mempermainkan hukum2 akibat kejahilan mrk.
  •  Sebuah hadis drpd Jarir bin Abdullah, beliau berkata: " Saya bertanya kpd Rasulullah SAW tentang melihat (aurat wanita) secara tiba2 tanpa sengaja. Maka jawab Nabi, 'Palingkanlah pandanganmu itu!' Kemudian dlm sebuah hadis Nabi, 'Jgn kamu ulangi melihat utk kali keduanya'.
Nabi SAW bersabda:
  • " Sesungguhnya seorg hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka kalimah itu blh mencampakkannya ke dlm NERAKA lbh sejauh antara timur & barat ".
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat:
Disini saya senaraikan 10 kesalahan tentang aurat:
  1. Aurat itu adalah tudung shj.
  2. Bertudung ttp berkemeja-T lengan pendek.
  3. Bertudung ttp baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung ttp bajunya sendat, sempit & nipis lalu memaparkan bentuk kawasan2 mudah 'mengoda'.
  5.  Bertudung ttp amat longgar & menayangkan jambul & hujung rambutnya.
  6. Bertudung ttp hanya memakainya di pejabat shj. Tdk di sekitar rumah, pasaraya & sebagainya.
  7. Bertudung ttp tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada drpd bertutup.
  8. Bertudung ttp tudungnya amat nipis sehingga blh dilihat sanggul, leher, tengkuk & dadanya. Sebahagian wanita menyangka bhw tutup aurat itu adalah tutup rambut shj. Ini tdk tepat sama sekali. Asasnya adalah drpd firman Allah SWT yg bermaksud:  " ..... Hendaknya mrk itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, & JGNLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT & PERHIASAN KAMU KECUALI APA YG TERZAHIR ....." (An-Nur: 31)
  9. Bertudung ttp menaiki motosikal sambil menaygkan betis sepanjg jln.
  10. Bertudung & sempurna penutupan aurat tubuhnya, ttp memanja2kan suaranya ketika berinteraksi dgn lelaki. Sama ada menyanyi @ bernasyid. Tiada dakwah yg sesuai bagi wanita menerusi nyanyian krn sesaat shj ia berada di atas pentas dgn pakaian canggihnya, seribu mata lelaki memandangnya. Kita tdk tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yg merdu juga membuatkan lelaki yg rosak hati akan dibuai nafsu, w/pun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
 Larangan ini datang dr firman Allah SWT: 
" Maka jgnlah kamu berbicara dgn lembut manja krn blh menimbulkan keinginan org yg di dlm hatinya ada penyakit; & sebaliknya berkatalah dgn kata2 yg baik, sesuai & sopan ". (Al-Ahzab: 32)

  • Kaum lelaki akan memperolehi dosa setiap kali memandang wanita ttp yg beratnya adalah wanita bkn mendpt 1 dosa bagi kesalahan itu, wanita juga meraih setiap dosa semua lelaki yg memandangnya.
  • Baygkanlah brp banyak dosa yg diprerolehi hanya dgn pendedahan aurat pd 1 hari.
Akhir sekali dr saya utk pembaca semua:
Sesungguhnya Allah itu maha adil & maha pengasih. segeralah mendptkan kasih sayg Allah dgn mentaatinya. Bagi yg berdegil, tiada kata yg dpt diberikan kecuali yakinilah bhw Allah itu benar, Rasul-Nya juga benar, syurga & neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan kita masih spt meraguinya???

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika tajuk ini menyinggung hati si pembaca.



    Surah Al-Ikhlas

    MEMURNIKAN KEESAAN ALLAH

    Katakanlah: " Dialah Allah, Yg Maha Esa ".
    Allah adalah Tuhan yg bergantung kpn-Nya segala sesuatu.
    Dia tdk beranak & tiada pula diperanakkan.
    Dan tdk ada seorg pun yg setara dgn Dia.

    Au zubillah himinash syaito nirrojim
    Tafsirannya: " Aku berlindung dgn Allah drpd syaitan yg telah dikutuk oleh Allah ".
    * Bacalah ayat ini sblm anda lakukan apa shj krn dgn bacaan ini akan keluar iblis & syaitan yg berada di dlm tubuh kita & juga di sekeliling kita, mrk akan lari.


    Sblm anda masuk rumah
    • Bacalah ayat di atas.
    • Kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
    • Masuklah rumah dgn kaki kanan & dgn membaca bismillah.
    • Berilah salam kpd anggota rumah & sekiranya tiada org di rumah berilah salam krn malaikat rumah akan menyahut.
    Amalkan bersolat.
    • Krn salam pertama ( ianya wajib ) yg diucapkan pd akhir solat & akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
    • Apabila malaikat memberi salam, seorg yg jarang bersolat akan sukar utk menjawab salam yg diberikan malaikat. Tetapi bg mrk yg kerap bersolat, amalan drpd salam yg diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
    Khatam Quran dlm jangka masa 2-3 minit.
    • Membaca surah Al-Ikhlas 3 kali ganjarannya sama dgn membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dgn membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, khatamlah Quran krn ianya sama dgn membaca 30 juzuk Al-Quran.
    • Tapi....jgn pula kita tdk membaca Al-Quran langsung....
    Renung2kanlah.....ia utk diri saya & teman2 semua........

    Thursday, November 25, 2010

    12 Kumpulan Di Mahsyar


    • Kehidupan di dunia pasti akan diakhiri dgn kematian. Manusia tdk dpt mengelak bhw 1 hari nanti ajal mrk akan sampai juga, baik ketika senang @ susah, sihat mahupun sakit.
    • Semua harta benda & org yg dikasihi akan ditinggalkan. Hanya amal ibadat yg menemani kita ke alam berkenaan.
    • Manusia yg meninggal dunia akan melalui alam lain iaitu alam kubur sblm tiba masanya diangkat semula pd hari pembalasan kelak.
    • Menurut 1 riwayat, umat Nabi Muhammad akan dibahagikan kpd 12 kumpulan di padang Mahsyar kelak.
    KUMPULAN PERTAMA:
    • Mrk akan diiringi dr kubur mrk tanpa tangan & kaki, kemudian ada suara menyatakan " Mrk adalah org2 yg selalu menyakiti tetangga, maka inilah balasannya ".
    KUMPULAN KEDUA:
    • Mrk diiringi dr kubur dgn bentuk spt babi hutan, kemudian terdengar suara menyatakan: " Mrk adalah org2 yg meremehkan solat, maka inilah balasannya & tempat kembali mrk adalah neraka ".
    KUMPULAN KETIGA:
    • Mrk diiringi dr kubur dgn perut spt gunung penuh dgn ular & kala jengking, maka terdengar suara yg menyatakan " Mrk adalah org yg tdk mahu mengeluarkan zakat, maka inilah balasannya & nerakalah tempatnya ".
    KUMPULAN KEEMPAT:
    • Mrk diiringi dr kubur mrk & mengalir dr mulutnya darah, maka terdengarlah suara yg menyatakan: " Mrk adalah org yg curang dlm jual beli & tempatnya neraka ".
    KUMPULAN KELIMA:
    • Mrk diiringi dr kubur spt hembusan angin dgn bau busuk, lbh busuk drpd bangkai, maka terdengarlah suara dr Yg Maha Pemurah: " Mrk adalah org2 yg selalu berbuat maksiat krn takut kpd manusia bkn kpd Allah, kemudian mati. Maka inilah pembalasannya & nerakalah tempatnya ".
    KUMPULAN KEENAM:
    • Mrk diiringi dr kubur dgn leher & tengkuk terputus, maka ada suara dr Yg Maha Pemurah: " Mrk adalah org2 yg memberikan saksi palsu & neraka adalah tempat kembalinya ".
    KUMPULAN KETUJUH:
    • Mrk diiringi dr kubur tanpa mempunyai mulut & dr tempat mulut & dr tempat mulutnya keluar muntah2 & darah, maka terdengarlah suara: " Mrk adalah org2 yg tdk mahu bercakap benar & nerakalah tempatnya ".
    KUMPULAN KELAPAN:
    • " Mrk adalah org2 yg berbuat zina & mrk diiringi dgn kaki ke atas, kepala ke bawah & nerakalah tempatnya ".
    KUMPULAN KESEMBILAN:
    • Mrk diiringi dgn wajah hitam, mata biru & perut penuh dgn api, maka terdengar suara Yg Maha Pemurah: " Mrk adalah org2 yg makan harta anak yatim ".
    KUMPULAN KESEPULUH:
    • Mrk diiringi dgn penuh penyakit kusta, maka terdengar suara: " Mrk adalah org2 yg derhaka kpd kedua2 org tua mereka ".
    KUMPULAN KESEBELAS:
    • Mrk diiringi  dgn buta mata, hati & giginya spt tanduk banting, bibirnya memanjang sampai ke dada, lidahnya menjulur panjang & dr perutnya keluar kotoran, kemudian terdengar suara dr sisi Allah: " Mrk adalah org yg meminum arak ".
    KUMPULAN SEDUA BELAS:
    • Mrk diiringi dr kubur spt bulan purnama, mrk adalah org2 yg berbuat kebaikan & amal soleh, menjauhi perbuatan jahat, sentiasa takut membuat dosa serta mendpt keampunan Allah.

    Wednesday, November 24, 2010

    DOA

    Jangan Kedekut Mendoakan Ibu Bapa

    • Ibu melahirkan kita ke dunia, menyusukan & membesarkan. Ayah pula memastikan kehidupan seorg anak & keperluan kita dipenuhi tanpa ada kekurangan walau sedikit.
    • Ibu bapa tdk pernah inginkan apa2 pun sebagai balasan. Apatah lagi mrk tdk meminta apa2 melainkan utk melihat anak2 hidup bahagia.
    • Hakikatnya tiada harta dunia ini yg mencukupi utk membalas kembali jasa mrk.
    • Malang sungguh, berapa kerat anak2 kini yg konsisten mendoakan kedua2 org tua mrk???
    • Amalkan selepas solat fardu 5 waktu doa memohon kesejahteraan mrk.
    • " Robbir hamhuma kama robbayani soghiro "
    • Maksudnya: " Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kpd mrk berdua sebagaimana mrk tlh mencurahkan kasih saygnya memelihara & mendidikku semasa kecil ". (Surah al-Isra' 17: 24)
    Nota:
    Knp bacaan Yasin hanya di baca pd mlm Jumaat???
    Knp bacaan Yasin di baca bila ibu bapa kita tlh mengadap Ilahi???
    Sedangkan terlalu banyak surah di dlm Al-Quran......
    Sebagai anak, knp kita tdk sedekahkan bacaan Yasin ketika ibu bapa kita masih hidup???
    Renung2kanlah.....

    MUTIARA HIKMAT

    Banyak orang yang pernah bertemu
    tapi tak pernah bercinta
    bahkan ada yang tidak pernah bertemu
    tetapi bercinta

    Mengharapkan selain dari ALLAH
    andai dapat ..... hati berbangga
    andai tidak dapat ..... hati rasa kecewa
    mengharapkan ALLAH ... ... ...
    hati lapang, tenang dan kaya

    Cintakan ALLAH
    cinta yang tidak luntur dan abadi ...
    selainnya ... cinta yang luntur dan berakhir

    Orang yang mengenal ALLAH dengan ilmu
    seperti mendengar gula
    tapi belum merasanya ...

    Orang yang mengenal ALLAH dengan hati
    seperti orang yang telah merasai gula 

    Mabuk cinta hingga jadi gila
    adalah dibenarkan ...
    tapi hanya kepada ALLAH ...

    AMALAN

    Bismillah.....

    Nabi SAW bersabda, maksudnya:
    "Apabila di antara kamu bangun dr tidur hdklah ia memasukkan air ke hidung 3 kali krn Syaitan tidur dlm lubang hidung". (Riwayat Sahih Muslim)

    Nabi SAW bersabda, maksudnya:
    "Barang siapa sesudah tiap2 selesai sembahyg membaca tasbih ' Subhanallah ' 33 kali, tahmid ' Alhamdulillah ' 33 kali, takbir ' Allahu Akbar ' 33 kali pula & semua berjumlah 99 kali lalu dicukupkannya seratus dgn ucapan ' La ilaha illah wahdahu lasyarikalah, lahu mulku walahu hamdu wa huwa 'ala kulli syaiin qadir ', nescaya dosanya diampun w/pun spt buih di laut. (Sahih Muslim)

    Nabi SAW bersabda, maksudnya:
    "Apabila bangun seseorg dr tidur, jgnlah ia menyelamkan tangannya ke dlm tempat air sblm dibasuh lbh dahulu 3 kali krn waktu tidur dia tdk tahu di mana tangannya terletak". (Sahih Muslim)

    Nabi SAW bersabda, maksudnya:
    "Sesungguhnya di dlm syurga itu terdpt sebuah sungai yg disebut Sungai Rejab, airnya lbh putih dr susu & lbh manis dr madu. Barang siapa yg berpuasa 1 hari pd bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dr sungai itu.

    Semuanya hanya dgn izin Allah....

    MAZMUMAH

    KUFUR NIKMAT

    • Ada segolongan manusia yg dikurniakan Allah nikmat berganda ttp sering lupa utk menzahirkan syukur. Bertambah pelik apbl mrk menyangka bhw segala nikmat yg diperoleh itu adalah hasil titik peluhnya sendiri. Inilah golongan yg kufur dgn nikmat Allah.
    • Kufur dr segi syarak bermaksud tdk beriman kpd Allah & rasul-Nya. Apabila kalimah kufur digandingkan dgn perkataan nikmat, ia membawa erti seseorg yg tdk bersyukur @ menyalahgunakan nikmat Allah yg tdk terhitung banyaknya bkn pd jln ketaatan & mencari keredaan-Nya.
    • Allah berfirman yg bermaksud: "Sesungguhnya Kami tlh menempatkan kamu sekalian di muka bumi & kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah (drpd kalangan) kamu yg bersyukur." (Surah al-'Araf 7:10)
     Tanda-tanda Kufur
    1. Enggan mengucap lafaz "Hamdalah"
    2. Tdk pernah merasa cukup dgn nikmat yg diberikan.
    3. Mengeluh saat nikmat ditarik balik.
    4. Menggunakan nikmat yg diberi bukan pd jln yg disukai Allah.
    5. Enggan membayar zakat apatah lagi bersedekah.
    Kikis Kufur
    1. Tahu & sedar bhw segalanikmat yg diberikan merupakan pinjaman semata-mata.
    2. Kita merupakan khalifah yg ditugaskan mengurus nikmat bknnya pemilik nikmat.
    3. Sentiasa mengucap kalimah syukur tdk kira sama ada dlm keadaan susah @ senang.
    4. Manfaatkan nikmat.
    5. Ingatlah bhw Allah akan menambah nikmat mrk yg reti bersyukur.
    Apa kesudahan mrk yg tdk bersyukur?
    Kesudahannya adalah akan ditimpakan azab yg pedih sebagaimana yg dijanjikan  Allah dlm surah Ibrahim ayat 7.

    MAHMUDAH

    SYUKUR NIKMAT

    Allah berfirman dlm surah Ibrahim ayat 7 yg bermaksud: "Sesungguhnya jka kamu bersyukur pasti kami akan menambah  (nikmat) kpdmu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim 14 :7)

    Tahu Berterima Kasih
    • Satu tindakan holistik amat perlu bagi menzahirkan rasa syukur, Oleh sbb itu hati, lisan & seluruh anggota badan perlu berganding bahu. Jadi kerahlah semuanya.
    • Hati perlu takutkan Allah, harap keredaan-Nya, cintakan-Nya hingga membawa kpd melaksanakan segala larangannya serta ikhlas dlm setiap gerak geri.
    • Lisan pula memperbanyakkan tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhu akbar), menyebut2 nikmat kurniaan-Nya & sentiasa melafazkan hamdalah dll.
    Zahirkan Rasa Syukur
    1. Menggunakan segala nikmat yg diberikan utk mendekatkan diri kpd pemberi nikmat.
    2. Apabila ditimpa musibah bersabar & sekiranya dilimpahkan nikmat dia bersyukur.
    3. Merasa cukup dgn nikmat yg sedikit.
    4. Memberi & berkongsi apa shj sama ada berupa kebendaan @ nasihat.
    Tip Menyuburkan Benih Subur
    1. Tahu & sedar siapa sebenar Pemberi nikmat.
    2. Baygkan bhw dunia ini terlalu kecil jika dibandingkan dgn akhirat. Oleh sbb itu, nikmat yg kecil @ besar pasti tdk seberapa jika dibandingkan dgn nikmat di "sana"
    3. Ucapkan pd setiap akhir natijah lafaz "Alhamdulillah 'ala kulli hal"
    4. Apabila berterima kasih kpd manusia ucaplah "Jazakallah" (bagi lelaki) @ "Jazakillah" (bagi wanita).

    Ingin nikmat ditambah-tambah oleh Pemberi nikmat? Jika jawapannya ya, maka bersyukurlah. Syukur perlu diluahkan melalui rasa hati, gerak lidah & ikhlasnya seluruh anggota badan.

    10 PERKARA YG SIA-SIA

    Salam ukhwah....

    1. Seseorg yg berdoa utk dirinya sendiri ttp x mendoakan ibu bapa & kaum muslmin.
    2. Org yg kerap kali membawa Al-Quran, ttp x membaca secara tertib sampai 100 ayat tiap2 hari.
    3. Seseorg yg masuk ke dlm masjid, kemudian keluar tanpa mengerjakan solat tahayyatul masjid.
    4.  Org yg melewati tanah perkuburan tp x mengucapkan salam kpd penghuni2 kubur & tdk mendoakan utk keselamatan arwah2.........[Assalamu alaikum ya ahlil kubur yagfirullah lana walakum antum salafuna wa nakhtu bil asar]  Maksudnya.........Assalammualaikum ya ahlil kubur semoga Allah mengampuni kami & kami menjejak langkah di belakang.
    5. Lelaki yg masuk pd hari Jumaat ke sebuah kota kemudian keluar dr kota itu tanpa melakukan solat Jumaat berjemaah
    6. Seseorg yg tinggal di suatu lingkungan dgn seseorg ulama tp tdk menggunakan kesempatan utk menambah ilmu pengetahuan.
    7. 2 org lelaki & perempuan yg bersahabat ttp tdk pernah saling menanyakan tentang keadaan masing2 & keluarganya.
    8. Seseorg yg mengundang tetamu ke rumahnya ttp tdk di ambil kisah & tdk melayan dgn sempurna.
    9. Seseorg pemuda & pemudi yg menjadikan zaman mudanya berlalu begitu shj tanpa memanfaatkan waktu yg berharga utk menuntut ilmu & meningkatkan budi pekerti.
    10. Org yg tdk menyedari tetangganya merintih kelaparan sedangkan di kekenyangan di dalm rumah
    BUTA HATI

    • Banyak makan
    • Banyak tidur
    • Banyak cakap
    • Banyak bergaul

    KEJAYAAN
    • Displin
    • Daya usaha
    • Doa

    LUKA SEMALAM

    Ya Tuhan, Ya Rabbi, Ya Rahman
    Sesungguhnya tika ini
    Aku bagaikan kebuntuan idea
    Naluriku bagaikan dipenuhi samar kejahilan
    Dalam tak sedar
    Aku seolah merangkak dalam ketandusan

    Tuhan
    Aku bagaikan merindu nur simpati
    Sesungguhnya Tuhan
    Dakapan syahdunya sukar untuk dimengertikan
    Aku adalah aku
    Insan ... Ujianmu

    Tuhan
    Aku bagaikan kekeringan air mata
    Aku akan ketandusan keceriaan
    Terasa begitu kerdil
    Terhimpit antara niat dan budi 
    Niat suci disalah erti

    Tuhan
    Aku tunduk, sujud di petala azalimu
    Betapa engkau Maha mengerti
    Betapa engkau Maha menyayangi

    Tuhan 
    Firasatku mula meyakinkan
    Betapa aku memerlu keredhaan
    Daripadamu

    Tuhan
    Entah mengapa dalam tak sedar
    Terlafaz kata
    Aku mencintaimu

    Tuhan
    Redhailah

    Tuesday, November 23, 2010

    Kelebihan Ayat Kursi

    Terdpt banyak hadis Rasullallah SAW yg diriwayatkan Bukhari & Muslim. Antara fadilat2, keutamaan & keagungan Ayat Kursi di dlm kitab 'Khawasul Quran' adalah :
    1. Baca setiap kali solat, pahala seumpama pahala org yg mustakim & pahala amal org2 siddiq iaitu syurga.
    2. Baca sblm tidur dikurniakan keselamatan kpdnya & jiran2nya.
    3. Baca sebanyak 170 kali pd waktu tengah mlm krn sesuatu hajat, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
    4. Menghadapi halangan @ kesusahan dlm usaha mencari rezeki, baca 170 kali, insyaAllah akan terlepas dr kesusahan & murah rezeki serta tercapai hajat.
    5. Baca170 kali, diikuti dgn solat hajat di tengah mlm pd tempat yg sunyi & bersih insyaAllah akan berhasil hajatnya.
    6. Jika sedang marah bacalah Ayat Kursi, insyaAllah akan dijauhkan drpd syaitan yg memanaskan hati. Jika rajin mengamalkan membaca Ayat Kursi dpt dijauhi dr bala bencana & gangguan syaitan.
    7. Membaca dgn istiqamah setiap kali lepas solat fadhu, setiap pagi & ptg, insyaAllah akan diamankan dr godaan syaitan & kejahatan manusia.
    8. Jika mengamalkan membaca sebanyak 18 kali, insyaAllah akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dgn berbagai hikmat, dimudahkan rezeki, dinaikkan martabat, diberikan kpdnya pengaruh sehingga org segan kpdnya & dipelihara dr segala bencana dgn izin Allah.
    9. Sesiapa membaca sebanyak hitungan kata2nya 50 kali, ditiupkan pd air kemudian diminumnya, insyaAllah akan mencerdaskan akal & mudah faham pd pelajaran yg dipelajari.
    10. Sesiapa yg membaca sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaAllah akan diberi pertolongan oleh Allah SWT dlm segala perkara & menunaikan segala hajatnya, melapangkan fikiran, dimurahkan rezeki, dihilangkan kedukaan & diberikan apa yg dituntutnya.
    11. Apabila masuk rumah dibaca pd 4 penjuru rumah serta menjadi penjaga & pelindung syaitan.
    12. Baca sebanyak 1000 kali dlm sehari semlm, Allah SWT akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yg dimaksudkan & diberi pengaruh kpd manusia.
    13. Org yg selalu membaca Ayat Kursi dicintai & dipelihara Allah SWT, sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Beramal dgnnya akan mendpt pertolongan serta perlindungan, terhindar drpd pencuri & menjadi benteng yg kuat menyekat pencuri memasuki rumah.
    14. Jika dibaca dgn khusyuk blh menyebabkan syaitan & jin terbakar.
    15. Baca sblm tidur, Allah mewakilkan 2 malaikat memelihara hingga subuh.
    16. Baca sblm keluar rumah Allah mengutuskan 70,000 malaikat kpdnya, mrk semua memohon keampunan & mendoakan baginya.
    17. Baca di akhir solat, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya & ia adalah spt org yg berperang bersama Nabi Allah SWT sehingga mati syahid.
    18. Baca ketika dlm kesempitan Allah akan memberi pertolongan kpdnya.
     Kesimpulannya...
    Jadikanlah Ayat Kursi makanan harian kita, sbb terlalu banyak fadilatnya.
    Ianya semua dgn izin Allah.
    Mohon maaf jika ada kesalahan dan saya sedia menerima sebarang teguran sbb saya hanya manusia biasa yg tdk terlepas dr melakukan kesilapan.

    Tujuh Kalimah

    Bismillah
    Assalamualaikum......
    Buat renungan bersama

    Sesiapa yg dpt menjaga dan mengingati 7 kalimah nie. Maka ia mulia di sisi ALLAH SWT  dan malaikat. Serta diampunkan dosanya w/pun dosanya sebanyak buih dilautan. Dan akan merasakan kemanisan taat dlm hidup @ mati keduanya baik baginya.

    1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulalah dgn BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM. ( Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih Maha Penyayang )
    2. Apabila tlh selesai dr mengerjakan sesuatu yg baik hendaklah membaca ALHAMDULILLAH. ( Segala puji bg Allah )
    3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yg tdk baik, segeralah menyatakan ASTAGHFIRULLAH.( Aku mohon keampunan-Mu ya  Allah )
    4. Kalau hendak melakukan sesuatu pada esok hari katalah INSYA ALLAH.  ( Jika dikehendaki & dgn izin Allah sesuatu akan berlaku ) 
    5. Kalau menghadapi kesukaran bacalah LAA HAULAWALLA QUWWATA ILLA BILLAH.( Tdk ada daya & kekuatan kecuali kekuatan Allah )
    6. Jika ditimpa musibah bacalah INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAAJIUNN. ( Sesungguhnya kami milik Allah & kpdNyalah kami kembali )
    7. Siang dan mlm bacalah LAA ILAHA ILLALLAH. ( Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah )
    Sama2lah kita beramal.....ingatlah bahawasanya ALLAH sentiasa melihat umatnya......

    Monday, November 22, 2010

    Solat

    Solat sunat

    Org yg paling KAYA
    Ialah..
    Org yg melakukan
    2 rakaat solat sunat sblm subuh...
    Renungkanlah...
    Adakah kita ingin menjadi
    Org yg paling
    KAYA........
    • 2 rakaat sblm subuh adalah lbh baik drpd dunia & segala apa yg ada pdnya.
    • Rasullallah mengajar kita agar mulakan kehidupan di pagi2 hari dgn tunduk & sujud menyembah Allah S.W.T.
    • Dan jika kita berjaya melakukan solat sunat 2 rakaat sblm solat subuh kita adalah org yg KAYA lbh kaya drpd org yg paling kaya di dunia.
    • W/pun harta kita tdk seberapa ttp kita dpt gunakan utk sujud menyembah Allah di pagi2 hari.
    Marilah kita sama2 beramal....dan marilah kita buka buku akaun akhirat.....mudah2 nanti buku amalan kita dipenuhi dgn kebaikan....semuanya dgn izin Allah.