Pages - Menu

Wednesday, December 15, 2010

ZIKIR

Jadikan ia amalan & santapan..........

  1. A u'zubillah hissami i'l a'li mi minash syaito nirrajim. 
  • (Aku berlindung dgn Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui drpd (godaan) syaitan yg direjam).
  1. Hasbi yallahhu laaaaaa ilaaha illahu, a'laihi  tawakaltu, wahuwa robbul ar'shil a'zim. 
  • Cukuplah bagiku Allah (yg menolong & memeliharaKu), tiada tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia, kpdNya aku berserah diri & Dialah Tuhan yg mempunyai arasy yg besar. Surah al-Tawbah: 129. "Baca pagi & ptg 7X, Allah SWT cukupkan apa yg diperlukan dirinya drpd pekerjaan di dunia & akhirat".
  1. Rodhitu billahi robba, wabil islamidina, wabimuhammadin sollalah hu a' laihi wasallam nabieya wa rosula.
  • Aku redha Allah sbg Tuhan, Islam sbg agama & Muhammad SAW sbg Nabi. "Baca 3X pagi & ptg, dia akan mendapat keredhaan Allah pd hari kiamat".
  1. Subhanallahhi wabihamdih, a'dada kholkih, waridho nafsih, wazhi nata a'r shih, wamida da kalimaatih.
  • Maha Suci Allah & aku memujiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, kerdhaan diriNya, seberat timbangan arasyNya & sebanyak kalimahNya. 
  1. Bismillah hillazi la yadurru ma a's mihi syai un fil ardhi wala fissama i wahuwas sami ul a'lim.
  • Dgn nama Allah yg tdk memberi mudarat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi & tdk juga di langit, Dialah Yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "Baca 3X pd pagi & ptg maka tdk ada sesuatupun yg blh membahayakannya".
  1. A u' zubikalima tillah hittammaati min syarri ma kholako.
  • Aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna drpd kejahatan makhluk yg jahat. " Baca 3X pagi & ptg tdk akan terkena gigitan kala jengking pd waktu mlm".
  1. Allah humma inni a'u zubika minal hammi wal hazan, wa a u' zubika minal ajzi walkasal, wa a u' zu bika minal jubni walbukhli, wa a'u zubika min gholabatid daini wa khoh ril ri jal.
  • Ya Allah. aku berlindung dgnMu drpd rasa susah & dukacita, aku berlindung dgnMu drpd sifat lemah & malas, aku berlindung dgnMu drpd sifat penakut & bakhil, aku berlindung dgnMu drpd bebanan hutang & penindasan org lain. " Bacalah doa ini pagi & ptg nescaya Allah akan hilangkan dukacita & menyelesaikan hutang ".
  1. Subhanallah hi wabihamdih.
  • Maha Suci Allah & segala puji bagiNya. " Sesiapa yg membacanya sebanyak 100X pagi & ptg tdk ada seorg pun pd hari kiamat lbh baik drpd amalannya kecuali mrk yg beramal sepertinya @ lbh drpdnya ".
  1. La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, la hul mulku, wa lahulhamdu. wa hu wa a'la kulli syai in kodir.
  • Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah Yg Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi Nya kekuasaan & bagiNya kepujian & Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. " Baca 10X, pahala spt mrk yg memerdekakan 4 org drpd keturunan Nabi Ismail a.s.".
  1. Allah humma ajirni minannar. 
  • " Ya Allah, selamatkan aku drpd api neraka ".

      TEMAN......

      TEMAN PENYEJUK HATI

      • Salah satu doa Nabi Muhammad S.A.W. yg sering kita ucapkan adalah agar kita di akhirat kelak dihimpun bersama para nabi, syuhada, & org2 soleh. Ini, krn sesungguhnya mrklah sebaik-baik teman & pendamping.
      RENUNGKANLAH

      1. Berteman dgn orang-orang kaya, maka akan bertambahlah cintanya kpd dunia. 
      2. Berteman dgn orang-orang miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur & redho akan rezeki yg diberikan kpdnya. 
      3. Berteman dgn para penguasa, maka akan bertambahlah kesombongannya.
      4. Banyak berteman dgn wanita (sosial), maka akan bertambahlah kebodohan & nafsu syahwatnya. 
      5. Bergaul dgn anak-anak, maka akan bertambahlah sifat suka bermain & bercandanya. 
      6. Berteman dgn orang-orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa & melambat-lambatkan taubat.
      7. Bergaul dgn orang yg soleh, maka akan bertambahlah keinginannya utk taat kpd Allah. 
      8. Berkawan dgn ulama, maka akan bertambahlah ilmu & kehati-hatiannya (warak').

      TEMAN SEJATI   
      • Teman yg paling baik adalah teman sejati. Teman sejati adalah teman yg sanggup bersama di kala suka dan duka. 
      • Pada dasarnya Islam tidak menolak konsep ini, namun suka & duka dlm Islam, tetap mempunyai 2 sisi, iaitu dunia & akhirat. 
      • Persahabatan yg sejati dlm konsep yg utuh ini, akan tercipta jika dilandasi krn cinta kpd Allah. Semoga kita dpt mempunyai teman dgn landasan mulia ini, Amin. 
       NOTA..
      Oleh itu carilah TEMAN yg blh membimbing kita ke arah kebaikan....
      Semuanya hanya mencari redha ALLAH....

      KURNIAAN.....

      4 KURNIAAN ILAHI

           "Barangsiapa yg dikurniakan dgn 4 perkara, maka tdk terhalang baginya 4 perkara" :-

      1.   Barangsiapa yg dikurniakan keinginan BERDOA maka tdk terhalang doanya DIKABULKAN.
      2. Barangsiapa yg dikurniakan keinginan memohon AMPUN maka tdk terhalang baginya akan KEAMPUNAN.
      3.  Barangsiapa yg dikurniakan keinginan BERSYUKUR maka tdk terhalang baginya akan tambahan NIKMAT.
      4.  Barangsiapa yg dikurniakan keinginan BERTAUBAT maka tdk terhalang taubatnya dari DITERIMA.

       Yakinlah... . . Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

      Imam Al-Ghazali telah menggolongkan ragam manusia kpd beberapa bahagian iaitu :
      1. Seseorg yg mengetahui & mengerti bhw dirinya itu mengetahui, itulah dia seorang yang alim. Maka ikutlah mereka. 
      2. Seseorg yg mengetahui ttp tdk tahu dirinya itu tahu, itulah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia. 
      3. Seseorg yg tdk mengetahui & mengetahui bhw dirinya tdk mengetahui, itulah dia org yg meminta petunjuk. Maka berikanlah dia petunjuk. 
      4. Seseorg yg tdk mengetahui & tdk mengerti bhw dirinya itu tdk mengetahui itulah dia org yg bodoh.

       HAYATI DAN FAHAMI....
      MAKSUD DI SEBALIKNYA...

      TEMAN

      KHAS BUATMU TEMAN.....


      Aku perlukan seorg insan
      Yg dipanggil TEMAN...
      Tapi.....adakah akan aku temui...
      Teman yg susah & senang
      Suka & duka.....dlm hidupku ini...
      Sukar utk aku mempercayai
      Insan yg dinamakan TEMAN.....
      Ya Allah...hanya pdMu...
      Tempat aku meluahkan
      Susah....senang....suka...duka...
      Tp...aku hanya manusia biasa....
      Yg perlukan TEMAN disisi...
      Kau adalah kau...
      Aku adalah aku...
      Insan ujianMu....
      Aku pasrah dgn ketentuan Ilahi...
      Dan kini...aku tlh temui
      TEMAN yg sudi bersama2ku
      Ya Allah..
      Tanpa kuduga...
      Sebutir mutiara jernih
      Membasahi pipiku
      Betapa agungNYA
      KuasaMu....

      Monday, December 13, 2010

      RASULULLAH

      BAGAIMANAKAH RASULULLAH S.A.W.

      1. MAKAN
      • Nabi S.A.W. makan menggunakan tangan kanan. Sewaktu makan, baginda menggunakan 3 jari dan sesudah makan jari-jarinya dihisap sebelum membersihkannya.
      • Baginda makan menggunakan suapan yang kecil, berhati-hati hingga makanan tidak terjatuh dari dulang atau tempat hidangan. 

      • Baginda sering bertanya apakah hidangan makanan itu berbentuk hadiah atau sedekah. 

      • Bila makanan itu berbentuk sedekah, baginda tidak memakannya dan menyuruh sahabat makan tetapi bila makanan itu berbentuk hadiah, baginda akan turut makan bersama. (Riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai dari Abu Hurairah)

      2. TIDUR
      • Apabila Nabi S.A.W. merebahkan diri di tempat tidur, baginda sering berdoa yang artinya : "Alhamdulillah yang telah memberi kami makan, minum, tempat perlindungan dan keperluan hidup karena masih banyak yang kurang makan, minum dan tidak mempunyai tempat tidur. " (Riwayat Bukhari Muslim, Abu Daud, Termizi dan Nasaai dari Anas) 

      • Di waktu Nabi S.A.W. hendak tidur, baginda meletakkan tangan kanannya dibawah pipi kanan baginda. (Riwayat Thabarany dari Hafshah) 

      • Sebelum Nabi S.A.W. memejamkan mata, baginda berdoa yang artinya : "Ya Allah, dengan namaMu aku hidup dan dengan namaMu aku mati". (BISMI KALLAH HUMMA AHYA WA AMUTU)

      • Bila bangun dari tidur, baginda mengucapkan: "Alhamdulillah yang menghidupkan kami sesudah kami dimatikan dan kepadaNya kami akan kembali berkumpul, " (Riwayat Ahmad, Muslim dan Nasaai dari al-Barraaq).(ALHAM DULILLA HILLAZI AHYANA BAKDAMA AMATANA WA ILAI HINNUSYUR)

      3. MARAH
      • Kemarahan Nabi S.A.W. adalah karena kebenaran, artinya karena kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. 

      • Nabi S.A.W. marah dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, yaitu: "Aku mohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada saat marah dan suka.  

      • Maksudnya, Rasulullah S.A.W. tidak berkata kecuali yang benar saja begitu juga waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah S.A.W. karena ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau yang terang-terangan dilarang oleh agama.
      [Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfuan-Nawawi]
      •  Imam Ghazali berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji. "

      4. KETAWA
      • Bila nabi S.A.W. ketawa, baginda akan meletakkan tangan di mulut baginda dan bila terjadi sesuatu yang mengembirakan, baginda akan mengucap syukur kepada Allah. 

      • Bila bercakap-cakap, baginda sentiasa tersenyum. (Riwayat Abu Daud dan Abu Musa)

      5. WARNA dan PAKAIAN KESUKAAN
      • Warna yang disukai nabi S.A.W. ialah hijau dan pakaian yang digemari ialah habarah seperti kemeja panjang berwarna putih. (Riwayat Bukhari Muslim)
      NOTA:
      Jadikanlah Nabi Muhammah SAW sbg Idola kita....
      Lakukan semua hanya krn Allah....

      Wednesday, December 1, 2010

      HARI INI MILIK ANDA

      Jadikanlah " Hari Ini Adalah Milikmu "
      • Jika berada di pagi hari , jgnlah menunggu waktu petang krn hari ini adalah kesempatan utk hidup. 
      • Oleh itu tdk perlu memikirkan hari kelmarin yg tlh berlalu dgn segala kebaikan & keburukan yg menghiasinya. Tdk juga dgn hari esok yg blm tentu datang.
      • Saat matahari menyinari, siangnya menyapa & membuat anda mampu melihat alam sekitar.
      • Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya!
      • Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini saja @ seakan2 anda dilahirkan hari ini & akan mati hari ini juga.
      • Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tdk tersepit antara 2 kehidupan iaitu masa lalu dgn berbagai kesedihan & kegundahan yg terjadi masa itu & masa depan yg penuh ketidakpastian yg seringkali menakutkan. 
      • Hayati hari ini & pd hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yg paling khusyu' membaca & memahami Al-Quran secara mendlm, merenungi kehidupan dunia dgn sepenuh hati.
      • Keseimbangan dlm segala hal, keindahan dlm akhlak, kerelaan dlm semua yg Allah berikan, perhatian terhadap alam sekitar. perhatian terhadap jiwa & raga serta memberi manfaat kpd org lain.
      • Utk hari ini bahagilah waktu dgn bijak. 
      • Jadikanlah setiap minit seakan ribuan thn & setiap detik seakan ratusan thn.
      • Tanamlah kebaikan sebanyak2nya pd hari ini, memelihara indahnya kehidupan, meminta ampun dr berbagai dosa yg tlh dilakukan, mengingati Tuhan & mempersiapkan diri utk pergi jauh (mengharapkanNya).
      • Oleh itu hidup anda pd hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman & tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak2, tugas2, tempat tinggal & ilmu pengetahuan dgn tangan terbuka & rasa syukur.
      Terimalah semua yg telah Allah berikan kpdmu & jadilah kamu termasuk org2 yg bersyukur. (Al-A'raf: 144)
      • Hidup anda pd hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian & kebencian @ sakit hati.
      • Jika hari ini anda makan nasi yg harum baunya, apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yg tlh anda makan kelmarin yg akan membahayakan kesihatan anda?
      • Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yg anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dlm angan2.
      • " Masa hidupku hanyalah pd hari ini ". Prinsip inilah yg akan menyibukkan diri anda setiap detik utk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja & membersihkan amal perbuatan anda.
      " Hanya hari ini aku berkesempatan utk mengatakan yg baik2, tdk bercakap kotor & yg menjijikkan, tdk akan pernah mencela, mengherdik & membicarakan keburukan org lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah & pejabat agar tdk berserabut & berselerak. Hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata & tindak-tandukku ".

      • Maka aku akan berusaha sekuat tenaga utk taat kpd Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dgn solat2 sunat, berpegang teguh pd Al-Quran, mengkaji & mencatat segala yg bermanfaat yg ada di dlmnya.

      " Wahai masa lalu yg tlh berlalu & selesai, tenggelamlah spt mataharimu. Aku x akan pernah menangisi kepergianmu & kamu tdk akan pernah melihatku termenung sedetik pun utk mengingatimu. Kamu tlh meninggalkan kami semua pergi & tdk akan kembali lagi ".

      " Wahai masa depan, engkau masih dlm keghaiban! Maka aku tdk akan pernah bermain dgn khayalan & menjual diri hanya sebuah dugaan. Aku pun tdk bakal memburu sesuatu yg blm tentu ada, krn esok hari mungkin tdk ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yg blm diciptakan & tdk ada satu pun drnya yg dpt disebutkan ".

      • " Hari ini milik anda ", adalah ungkapan yg paling indah dlm " kamus kebahagiaan ", kamu bg mrk yg menginginkan kehidupan yg paling indah & menyenangkan.