Pages - Menu

Friday, November 26, 2010

AURAT WANITA

Tiada Seurat Benang Dibadan..................

Buat para ibu, isteri, kakak, adik2 perempuan serta para suami & ayah yg saygkan isteri & anak2 perempuannya, Rasulullah SAW tlh memberi amaran berkenaan 1 sikap golongan hawa yg menjadi penghalang mrk drpd mencium bau syurga. Bau syurga pun tdk dpt dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadis drpd Abu Hurairah r.a. bhw Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Ada 2 golongan yg akan menjadi penghuni neraka:
  • Golongan pertama iaitu aku blm pernah melihat mrk iaitu golongan yg mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yg digunakan utk memukul org.
  • Golongan kedua adlh para wanita yg berpakaian ttp tiada seurat benang dibadan, berlenggang-lenggok ketika berjln, menarik perhatian org yg melihat mrk. Kepala mrk ( sanggul / fesyen rambut ) bagaikan bonggol unta yg senget. Mrk tdk akan masuk syurga & tdk dpt mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga blh terhidu dr jarak perjlnan yg sangat jauh.
Antara Lawak & Hukum....
  • Komen rakan2 saya dahulu apabila mrk terlihat aurat wanita..." Pandangan pertama tak berdosakan ?".
  • Sedih saya dgn sikap sebahagian umat Islam hari ini yg kerap mempermainkan hukum2 akibat kejahilan mrk.
  •  Sebuah hadis drpd Jarir bin Abdullah, beliau berkata: " Saya bertanya kpd Rasulullah SAW tentang melihat (aurat wanita) secara tiba2 tanpa sengaja. Maka jawab Nabi, 'Palingkanlah pandanganmu itu!' Kemudian dlm sebuah hadis Nabi, 'Jgn kamu ulangi melihat utk kali keduanya'.
Nabi SAW bersabda:
  • " Sesungguhnya seorg hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka kalimah itu blh mencampakkannya ke dlm NERAKA lbh sejauh antara timur & barat ".
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat:
Disini saya senaraikan 10 kesalahan tentang aurat:
  1. Aurat itu adalah tudung shj.
  2. Bertudung ttp berkemeja-T lengan pendek.
  3. Bertudung ttp baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung ttp bajunya sendat, sempit & nipis lalu memaparkan bentuk kawasan2 mudah 'mengoda'.
  5.  Bertudung ttp amat longgar & menayangkan jambul & hujung rambutnya.
  6. Bertudung ttp hanya memakainya di pejabat shj. Tdk di sekitar rumah, pasaraya & sebagainya.
  7. Bertudung ttp tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada drpd bertutup.
  8. Bertudung ttp tudungnya amat nipis sehingga blh dilihat sanggul, leher, tengkuk & dadanya. Sebahagian wanita menyangka bhw tutup aurat itu adalah tutup rambut shj. Ini tdk tepat sama sekali. Asasnya adalah drpd firman Allah SWT yg bermaksud:  " ..... Hendaknya mrk itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, & JGNLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT & PERHIASAN KAMU KECUALI APA YG TERZAHIR ....." (An-Nur: 31)
  9. Bertudung ttp menaiki motosikal sambil menaygkan betis sepanjg jln.
  10. Bertudung & sempurna penutupan aurat tubuhnya, ttp memanja2kan suaranya ketika berinteraksi dgn lelaki. Sama ada menyanyi @ bernasyid. Tiada dakwah yg sesuai bagi wanita menerusi nyanyian krn sesaat shj ia berada di atas pentas dgn pakaian canggihnya, seribu mata lelaki memandangnya. Kita tdk tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yg merdu juga membuatkan lelaki yg rosak hati akan dibuai nafsu, w/pun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
 Larangan ini datang dr firman Allah SWT: 
" Maka jgnlah kamu berbicara dgn lembut manja krn blh menimbulkan keinginan org yg di dlm hatinya ada penyakit; & sebaliknya berkatalah dgn kata2 yg baik, sesuai & sopan ". (Al-Ahzab: 32)

  • Kaum lelaki akan memperolehi dosa setiap kali memandang wanita ttp yg beratnya adalah wanita bkn mendpt 1 dosa bagi kesalahan itu, wanita juga meraih setiap dosa semua lelaki yg memandangnya.
  • Baygkanlah brp banyak dosa yg diprerolehi hanya dgn pendedahan aurat pd 1 hari.
Akhir sekali dr saya utk pembaca semua:
Sesungguhnya Allah itu maha adil & maha pengasih. segeralah mendptkan kasih sayg Allah dgn mentaatinya. Bagi yg berdegil, tiada kata yg dpt diberikan kecuali yakinilah bhw Allah itu benar, Rasul-Nya juga benar, syurga & neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan kita masih spt meraguinya???

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika tajuk ini menyinggung hati si pembaca.



    No comments:

    Post a Comment